SINGAPURA – Syarikat IT terkemuka dunia NEC Corporation hari ini mengumumkan mengenai kebolehsediaan penambahan terkini pelayan serba canggih berasaskan produk keluarga pelayan baharu Intel Xeon E5 2400.

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6] Intel-Xeon-E5-2400-Processors

Pelayan-pelayan Express5800/R120d-2E, R120d-1E dan T120d diupayakan oleh teknologi kawalan tenaga inovatif NEC, keupayaan pengurusan sistem dan fleksibiliti tinggi, kata NEC dalam satu kenyataan di sini.

Ia berkata ciri-ciri ini membantu memudahkan pemasangan dan pengurusan sistem selain mengoptimumkan keseluruhan pelaburan IT dan kos operasi.

Tambahan pula, prestasi infrastruktur pelayan di premis seperti pusat data korporat dan pejabat cawangan, juga dipertingkat, katanya.

Lewat tahun ini NEC akan mengeluar bilah pelayan menggunakan rangka bina Intel(R) yang sama yang sesuai untuk infrastruktur pelayan perusahaan berskala sederhana dan besar.

Penolong Pengurus Besar NEC Corp bagi Bahagian Penyelesaian Global Rangkaian IT, Tetsuhide Senta berkata: “Bagi meminimumkan ROI dalam kedudukan bajet dan sumber manusia yang terhad, pelaburan hadapan IT dan perbelanjaan operasi sistem IT perlu dioptimumkan.”

Intel Xeon E5 2400

Beliau berkata pelayan 2-soket Express5800 baharu, dengan pemproses terkini Intel Xeon E5 2400, menyediakan prestasi ideal selain mudah dipasang dan beroperasi bersama teknologi inovatif NEC.

Pelayan ini juga membolehkan pemuliharaan tenaga dari segi penggunaan tenaga peralatan IT serta kos penyaman udara.

Teknologi pengurusan pelayan kelas perusahaan NEC, ExpressScope Engine 3, pula disepadukan bagi membolehkan akses langsung dan terjamin dalam pengawal tanpa memerlukan perisian khusus.

Perkakasan pemasangan generasi keenam itu, ExpressBuilder Ver.6, membolehkan pemasangan auto OS selepas dua minit penetapan manual tanpa memerlukan kemahiran teknikal.

Ciri-ciri pelayan “R120d-2E Storage Rich” mempunyai sehingga kapasiti dua puluh enam HDDs 2.5 inci dan kapasiti cakera 26TB. Kapasiti storan besar ini sangat sesuai untuk penyepaduan storan berskala kecil.

Pelayan baharu Express5800 NEC boleh didapati lewat bulan ini dan seterusnya akan diedarkan di seluruh dunia. Tarikh penghantaran berbeza mengikut model dan negara. – Bernama

admin
admin

Would you like to share your thoughts?

Your email address will not be published. Required fields are marked *