YAYASAN Usahawan Baru (MyNEF) melaburkan RM1 juta untuk mengendalikan program latihan dan mentor bagi usahawan teknologi maklumat (ICT) Bumiputera.

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6] usahawan bumiputera

Untuk mengukuhkan struktur program itu, MyNEF bekerjasama dengan Technology Park Malaysia Corporation Sdn Bhd (TPM) untuk mengendalikan modul itu serta Penarafan Daya Saing Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) untuk Peningkatan (Score).

Usahawan Bumiputera dalam perniagaan ICT

Ketua Pegawai Eksekutif MyNEF Muhammad Ferdaus Johar berkata, pelaburan itu dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan sebagai sebahagian daripada inisiatif untuk menggalakkan penglibatan usahawan Bumiputera dalam perniagaan ICT.

Score dibangunkan oleh SME Corp Malaysia pada Ogos 2007 sebagai pengukur kebolehan PKS. MyNEF mempunyai asas data lebih daripada 1,000 usahawan ICT Bumiputera, yang akan dinilai berdasarkan maklumat syarikat dan diikuti oleh audit Score.

Muhammad Ferdaus berkata, syarikat dengan penarafan tiga bintang akan melalui program latihan yang dikendalikan oleh TPM selama tiga bulan.

Sementara itu, presiden dan CEO TPM Datuk Azman Shahidin berkata, syarikat itu akan menganjurkan program tersebut dalam dua peringkat tahun ini dengan peserta maksimum 30 orang setiap peringkat.

“Kami kini sedang dalam proses mengenal pasti syarikat itu, kami rasa kira-kira 80 peratus belum mencapai sasaran lagi,” katanya.

Penilaian itu akan berlangsung dari sekarang hingga 15 Ogos tahun ini dan syarikat terpilih akan dilatih oleh jurulatih yang mempunyai pengalaman langsung dalam perniagaan itu. – Bernama

admin
admin

Would you like to share your thoughts?

Your email address will not be published. Required fields are marked *