KUALA LUMPUR – Malaysian Electronic Clearing Corp Sdn Bhd (MyClear) melancarkan kemudahan e-perbankan mudah alih mudah digunakan, MyMobile, untuk memanfaatkan pasaran luas sebanyak 38 juta pengguna telefon mudah alih dalam negara.
[adsenseyu6] |
MyClear adalah unit milik penuh Bank Negara Malaysia. MyMobile merupakan kemudahan perbankan elektronik berasaskan pesanan yang tidak memerlukan pengguna memiliki telefon pintar. Ia adalah satu-satunya perkhidmatan pembayaran mobile-ke-mobile di Malaysia di mana telefon pintar tidak diperlukan atau aplikasi mudah alih dimuat turun.
MyMobile
“Dengan MyMobile, pelanggan boleh melaksanakan tambah nilai penggunaan mudah alih syarikat telekomunikasi, pemindahan dana pihak ketiga dan pembayaran bil dan kad kredit pada masa sebenar dalam beberapa minit,” kata Pengerusi MyClear, Datuk Ooi Sang Kuang pada majlis pelancaran di sini hari ini.
Beliau berkata, ketersediaan telefon mudah alih yang meluas membolehkan rangkaian mudah alih menjadi saluran yang menarik untuk memulakan dan menerima e-pembayaran.
“Perkhidmatan MyMobile bertujuan memanfaatkan ketersediaan telefon mudah alih di mana-mana sahaja di Malaysia untuk meningkatkan akses kepada pembayaran secara elektronik,” katanya Ooi berkata MyClear mengadakan projek perintis tahun lepas melibatkan hampir 74,000 pelanggan MyMobile.
“Dengan pelancaran ini, kami menjangka peningkatan yang ketara dalam jumlah pengguna MyMobile.” “Kita kini perlu mencapai jutaan pelanggan telefon mudah alih dan pemegang akaun bank untuk memastikan yang mereka sedar akan kedudukan nilai MyMobile yang menarik,” katanya.
Bagi memulakan perkhidmatannya, MyMobile menjalin pakatan dengan CIMB Bank, Maybank dan Public Bank serta tiga pengendali telekomunikasi iaitu Maxis, Celcom dan DiGi. Satu lagi institusi perbankan dan penyedia telekomunikasi dijangka menyertai pada separuh kedua tahun ini.
Pembangunan produk yang turut dalam perancangan di mana MyClear membangunkan versi telefon pintar MyMobile yang akan menyediakan intuitif dan antara muka mudah untuk digunakan untuk memulakan dan menerima dana. – Bernama