Company : Mutiara Hijrah – Sistem Penapis Air
URL : http://www.mutiarahijrah.com
Mutiara Hijrah merupakan sebuah syarikat yang dimiliki 100% bumiputra muslim yang beroperasi di Lembah Klang. Berpengalaman dalam industri pengedaran penapis air sejak September 2008 dan telah memasarkan produk penapis air ke seluruh semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
Sistem rawatan air sudah menjadi satu keperluan bagi setiap keluarga yang mementingkan kesihatan dan untuk mendapatkan air yang berkualiti. Syarikat mensasarkan golongan pengguna yang mementingkan kualiti dan nilai tambah untuk sesuatu produk penapis air,dengan harga yang ekonomi serta kemudahan ansuran yang rendah tanpa melibatkan faedah (riba’). Tambahan pula pihak syarikat memberi kemudahan tukar beli barang (trade in) bagi pengguna yang masih berterusan memerlukan air yang berkualiti.Pihak syarikat juga menjual alat gantian dengan harga yang ekonomi bagi menjamin penyelenggaraan berterusan.
Visi
Visi kami ialah membantu individu muslim bagi meningkatkan ekonomi mereka melalui produk yang berkualiti dan berkesan serta perkhidmatan yang terbaik.
Misi
Misi kami ialah membantu setiap keluarga memiliki produk penapis Mutiara Hijrah dengan menawarkan skim ansuran yang rendah dan mudah serta harga yang mampu dimiliki.