Serdang: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) merancang untuk mewujudkan Pusat Inovasi Negara yang antara lain akan mengumpulkan semua produk inovasi tempatan bagi tujuan pengkomersialan.

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6] pusat inovasi negara

Timbalan Menterinya Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah berkata, pusat berkenaan dijangka berfungsi sebagai tempat rujukan dan pengumpulan produk inovasi bagi memudahkan industri membuat pilihan.

“Kami merancang mewujudkan lokasi seumpama ini untuk memberi laluan mudah kepada penggiat industri mendapatkan dan membandingkan produk inovasi dihasilkan dengan lebih mudah.

“Ia dijangka tidak terhad untuk produk inovasi hasil penyelidikan institusi pengajian tinggi (IPT), tetapi memberi ruang kepada semua pusat penyelidikan tempatan,” katanya selepas majlis pembukaan Forum Buluh-Buluh Futuristik di Universiti Putra Malaysia (UPM), semalam.

Menurutnya, penubuhan pusat berkenaan masih dalam peringkat perbincangan dan ia dijangka dapat diwujudkan ke arah menjadikan 2014 sebagai tahun pengkomersialan produk inovasi.

“Selain mengetengahkan produk inovasi, pusat ini juga memberi ruang kepada usahawan mengembangkan operasi mereka ke pasaran lebih luas terutama di luar negara dengan kerjasama pihak industri atau mana-mana mana-mana usahawan lain,” katanya.

Sementara itu, majlis sama turut menyaksikan UPM menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan Yayasan Inovasi dan Keusahawanan Global (GIEF) untuk pembabitan dalam hasil ciptaan inovasi buluh berteknologi tinggi.

Kerjasama berkenaan diperkukuhkan dengan pelbagai aktiviti termasuk membangunkan Taman Eksplorasi Buluh, menggalakkan penggunaan buluh secara inovasi dan kreatif, membangunkan bio-komposit dan fabrik buluh di peringkat global serta bekerjasama meningkatkan kualiti makanan organik berasaskan buluh untuk kegunaan tempatan dan global.

Majlis sama turut menyaksikan MoU antara GIEF dengan penganjur Pameran Buluh Dunia Damyang 2015 yang akan diadakan di Damyang, Korea tahun depan. -mymetro

admin
admin

Would you like to share your thoughts?

Your email address will not be published. Required fields are marked *