Kuala Lumpur: Mimos Berhad (MIMOS), pusat kajian dan pembangunan teknologi komunikasi maklumat (ICT) negara dijangka memulakan usaha sama dengan Africa City of Technology (ACT) dari Sudan dalam tempoh suku pertama tahun depan melalui perjanjian yang ditandatangani kedua-dua pihak, semalam.

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6] bisnes guna ict

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Abdul Wahab Abdullah berkata, usaha sama itu bakal menyaksikan MIMOS berfungsi sebagai mentor membantu ACT memulakan industri ICT di Sudan melalui perkongsian Platform Inovasi Terbuka.

Menurutnya, syarikat akan menyediakan pelaburan teknologi manakala ACT memperuntukkan modal melaksanakan segala perkara berkaitan pelaksanaan ICT.

“Objektif kami adalah untuk mempertingkatkan keupayaan bersama rakan kongsi, sekali gus menyediakan ruang buat pembangunan teknologi tempatan bagi dieksport ke seluruh dunia,” katanya pada majlis menandatangani perjanjian antara MIMOS dan ACT di sini, semalam.

Kerjasama ini akan membabitkan teknologi seperti perkhidmatan awan awam, penyelesaian awan mini bagi sektor pendidikan (e-pembelajaran), jaringan wifi di kawasan Khartoum dan perkhidmatan pengkomputeran berprestasi tinggi bagi simulasi animasi rawak, penyelesaian pertanian jitu bagi rumah hijau mini dan kajian teknologi nano. Beliau berkata, kerjasama itu adalah situasi menang-menang bagi kedua belah pihak di mana ACT akan mendapat manfaat daripada pengetahuan teknikal, pengalaman dan kepakaran yang dikongsi oleh MIMOS manakala industri tempatan akan mendapat peluang untuk menerokai pasaran baru di Sudan.

“Ini adalah kerjasama pertama Mimos dengan negara Afrika dan kami harap Sudan akan menjadi rakan strategik untuk membantu membina hubungan dengan negara lain di benua Afrika,” katanya. -hmetro

admin
admin

Would you like to share your thoughts?

Your email address will not be published. Required fields are marked *