LOS ANGELES – Microsoft memperkenalkan komputer ‘tablet’ keluarannya, yang diberi nama Microsoft Surface semalam, dijangka akan menyediakan persaingan kepada iPad.

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6] Microsoft Surface Windows 8

Komputer skrin sentuh ini akan beroperasi menggunakan platform Windows 8 dan menawarkan pilihan pemproses Intel atau ARM. Produk ini dijangka memberi saingan kepada Apple, yangmenguasai pasaran menerusi iPad, dengan menyediakan aplikasi-aplikasi standard seperti Office dan Photoshop.

Microsoft Surface dengan perisian mesra pengguna

Ini juga meletakkan Microsoft dalam persaingan dengan jenama pengeluar lain yang merancang untuk mengeluarkan tablet khusus untuk Windows 8. Ketika memperkenalkannya di sini semalam, Ketua Eksekutif Microsoft, Steve Ballmer berkata, pihaknya mahu menyediakan perisian yang mesra pengguna.

“Kami mahu menyediakan inovasi perkakasan yang boleh ‘menemani’ Windows 8,” kata beliau semalam. Harga bagi komputer-komputer tablet ini belum diketahui tetapi penganalisis mengambil sikap berhati-hati dalam memberikan komen mereka mengenai produk terbaru ini.

“Dari segi reka bentuk, ia kelihatan menarik,” kata Carolina Milanesi dari Gartner, dipetik portal Guardian. Katanya, produk itu kelihatan pesaing yang serius kepada iPad.

Tablet berasaskan ARM setebal 9.3mm (0.4 inci) – kurang sedikit daripada iPad  dan menggunakan  Windows versi RT sistem baru. Versi menggunakan teknologi Intel x86 beroperasi dalam platform Windows 8 Pro dan setebal 13.5mm atau 0.5 inci.

Spesifikasi itu bermakna tablet Surface mempunyai skrin yang lebih besar berbanding iPad tetapi lebih berat. Pelbagai penutup ditawarkan bagi keyboard sentuh dan trackpad. -sinarharian

admin
admin

1 Comment

  1. ejoeSolutions Microsoft tamat perniagaan Surface RT » ejoeSolutions
    21/07/2013

    […] Microsoft mula menjual tablet Surface pada Oktober. Syarikat itu menghantar kira-kira sejuta tablet dalam tempoh tiga bulan pertama pada 2013, menurut firma penyelidikan IDC. Ini termasuk kira-kira 260,000 bagi versi nipis RT dan 750,000 versi Pro yang serasi dengan program Windows yang lama. […]

Comments are closed.