Sepang: AirAsia menandatangani kerjasama dengan pengendali laman sosial tempatan, Mface bagi penggunaan paparan imej Mface pada badan pesawat Airbus A320 milik AirAsia.
[adsenseyu6] | ![]() |
Pengerusi AirAsia Bhd Datuk Aziz Bakar berkata, ia adalah satu strategi pengiklanan baru yang antara lain membolehkan mesej disampaikan dengan lebih meluas.
“Pesawat AirAsia terbang ke pelbagai lokasi di seluruh ASEAN dan ia secara tidak langsung memberi ruang kepada mana-mana syarikat yang menggunakan medium ini mendapat akses ke pasaran luar,” katanya selepas pelancaran di sini, baru-baru ini.
Menurutnya, kerjasama dengan Mface ditandatangani untuk tempoh setahun dengan kos antara RM1.2 juta dan RM1.8 juta.
“Pengiklanan pada badan pesawat ini masih baru dan belum memberi sumbangan yang besar kepada pendapatan kumpulan. Namun, kami percaya ia akan terus berkembang dan memberi sumbangan signifikan,” katanya.
Mface adalah syarikat ketiga yang menggunakan medium pengiklanan komersial pada pesawat AirAsia selepas Bank Rakyat dan Tourism Malaysia. Pesawat dengan iklan itu akan digunakan bagi 40 laluan AirAsia di rantau ini dengan penerbangan pertama ke Shenzhen, China.
Sementara itu, Pengasas MBI International dan Mface, Tedy Teow berkata, dengan medium pengiklanan pada badan pesawat AirAsia itu, pihaknya menjangkakan jumlah pengguna Mface akan meningkat sehingga 50 peratus dalam tempoh setahun.
“Kami yakin dapat mencapai lebih ramai pengguna dalam tempoh setahun kerana penjenamaan dilakukan bersama AirAsia pasti membuahkan hasil,” katanya. -mymetro