Masih ramai lagi individu atau syarikat korporat malahan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) terutamanya di Kelantan yang belum mempunyai nama domain sendiri walaupun syarikat tersebut mendapat untung berjuta ringgit.
![]() |
[adsenseyu7] |
Domain? pentingkah kepada kita? Ini soalan biasa yang ditanya oleh blogger ataupun syarikat bila diajukan mengenai domain. Dengan harga domain yang murah dan mampu dimiliki sesiapa sahaja samada syarikat korporat ataupun blogger, tiada alasan lagi untuk tidak membeli domain sendiri.
Berikut disenarikan 5 sebab mengapa anda perlukan domain sendiri dan tidak lagi bergantung kepada blogspot ataupun streamyx!
1. Identiti
Ini amat penting bagi syarikat yang mahu bersaing dengan identiti sendiri. Dengan nama domain sendiri tentunya dapat meningkatkan tahap keyakinan pelanggan & nampak lebih professional. Bagi blogger pula dengan adanya domain sendiri memperlihatkan kita serius dalam bidang ini. Kita juga dapat meningkatkan kredebiliti kepada pengunjung web atau blog kita.
2. Email
Kita dapat menggunakan email dengan alamat sendiri contohnya ceo@syarikat.com tanpa had! Tidak perlu lagi menggunakan email percuma lain atau email streamyx.
3. Search Engine – SEO – Google
Tahukah anda enjin carian seperti Google akan mengindeks katakunci atau maklumat sesuatu laman web bermula dengan halaman utama nama domain tersebut. Dengan adanya domain sendiri memudahkan enjin carian menjumpai web anda.
4. Ranking yang lebih baik
Dengan memiliki nama domain sendiri raking web atau blog kita tidak dipengaruhi oleh raking halaman penyedia subdomain. Hal ini terutama berlaku untuk Alexa, yang mengira ranking domain utama.
5. Bebas
Anda bebas dan tidak terikat kepada mana-mana blog utama atau syarikat hosting. Alihkan domain anda kemana-mana penyedia perkhidmatan lain atau ke hosting lain yang anda suka.
Pendaftaran Nama Domain
Pendaftaran nama domain adalah berasaskan siapa cepat dia dapat, oleh sebab itu lakukan tindakan awal untuk mendapatkan domain untuk syarikat atau untuk blog masing-masing sebelum orang lain mendapatkanya.
ejoeSolutions menyediakan perkhidmatan menjual nama domain / domain name dengan harga yang mampu dimiliki oleh rakyat Kelantan.
Untuk pengguna blogger (blogspot) sila ikuti tutorial ini untuk menggunakan domain sendiri.