Salah satu telefon pintar dari China yang cukup ditunggu, Meizu MX3 sedia dilancarkan yang dijadualkan majlisnya pada awal bulan depan.

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6] meizu mx3

Walaupun, pihak Meizu memang tidak mengungkapkan secara terperinci mengenai pelancarannya ini namun beberapa khabar angin yang beredar mengungkapkan bahawa acara adalah pelancaran rasmi daripada Meizu MX3.

Sebelum ini, beberapa kebocoran maklumat berkaitan telefon pintar ini tersebar di internet. Telefon ini mempunyai skrin berukuran 5.1 inci Full HD dan menggunakan prosesor Samsung Exynos 5 Octa.

Selain itu, alat telekomunikasi itu juga menggunakan OS Flyme 3.0 yang berasaskan pada Android Jelly Bean 4.2 serta sebuah kamera 13MP pada bahagian belakang.

Meizu sendiri sebelumnya memiliki rekod yang cukup baik mengenai produk telefon pintarnya, yang memperoleh sambutan baik di pasaran antara lain adalah MX2. -bharian

admin
admin

Would you like to share your thoughts?