KUALA LUMPUR – Media sosial mempunyai pengaruh kuat dalam menentukan keputusan perjalanan rakyat Malaysia, demikian menurut kajian terkini Indeks Digital – Perjalanan dan Pelancongan Text100.

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6] media sosial

Hampir satu daripada dua responden Malaysia (46 peratus) menganggap Facebook sebagai platform penting untuk membantu memberi inspirasi dan mengesahkan keputusan perjalanan mereka.

Berbanding dengan purata global sebanyak 26 peratus, rakyat Malaysia menunjukkan kecenderungan yang lebih tinggi untuk menggunakan Facebook, Twitter dan platform media sosial yang lain untuk mendapatkan idea dan inspirasi untuk destinasi pelancongan, aktiviti percutian dan tarikan, hotel dan restoran.

Dalam satu kenyataan, Text100 berkata di Malaysia bagaimanapun, pengalaman rakan sebaya dan ulasan digital mendahului ejen pelancongan manakala cadangan peribadi daripada rakan-rakan dan keluarga berada di atas sebagai sumber utama maklumat untuk membuat keputusan awal perjalanan, dengan 78 peratus responden meletakkannya sebagai pengaruh utama.

Kajian itu juga mendapati rakyat Malaysia mempertimbangkan ruangan perjalanan (34 peratus) dan laman web dengan ulasan mereka yang bercuti (38 peratus) lebih dipercayai daripada panduan perjalanan profesional (22 peratus).

Kongsi pengalaman di Media Sosial

Di samping itu, rakyat Malaysia suka berkongsi pengalaman perjalanan mereka di sosial media, dengan lebih separuh daripada responden berkongsi video perjalanan, foto, blog atau berita semasa bercuti.

Kajian Indeks Digital – Perjalanan dan Pelancongan dijalankan oleh Redshift Research pada Oktober 2012 dan melibatkan 4,600 temu bual secara dalam talian yang merangkumi 13 negara. – Bernama

admin
admin

Would you like to share your thoughts?