MEDIA Prima Berhad (MPB) menjangkakan peningkatan trafik pengguna dalam talian sehingga 30 peratus selepas memperkenalkan unit perniagaan digitalnya dikenali sebagai Media Prima Digital iaitu gabungan gabungan dua subsidiari perniagaan media baru di bawah kumpulan MPB iaitu Alt Media Sdn Bhd dan NSTP E-Media Sdn Bhd.
![]() |
[adsenseyu7] |
Ketua Pegawai Operasinya, Datuk Zainul Arifin Mohammed Isa berkata, platform itu diperkenalkan bagi memberikan fokus kepada segmen digital yang kini menjadi media penting dalam menyalurkan maklumat.
“Sebelum ini, semua unit media di bawah kumpulan mempunyai portal dan laman web sendiri serta mempunyai pengikut tertentu. “Dengan menggabungkan operasi dan aset Alt Media dan NSTP E-Media, kami dapat memanfaatkan kandungan dan jangkauan pelbagai platform di bawah MPB,” katanya selepas pelancarannya di Petaling Jaya, semalam.
Sasaran trafik Media Prima Digital
“Sasaran trafik yang ditetapkan itu adalah realistik kerana kami yakin pengguna mula beralih ke platform digital melalui pengguna telefon pintar serta rangkaian komunikasi yang semakin baik. “Malah, kami juga menjangkakan pertumbuhan pendapatan dua digit dalam tempoh 12 bulan akan datang,” katanya.
Zainul berkata, dengan beroperasinya unit media digital itu, pihaknya akan menawarkan lebih banyak kandungan sama ada secara percuma, premium, video atas permintaan (VOD) serta akan memperkenalkan kandungan secara langganan.
Setakat ini, media digital kelolaan MPB mencatatkan 5.9 juta pelayar bulanan, 4.5 juta paparan video bulanan dan 75 juta paparan halaman setiap bulan.
Di bawah Media Prima Digital, platform berkenaan akan menawarkan portal rangkaian televisyen dan radio selain menguruskan akhbar di bawah Kumpulan New Straits Times Press Malaysia Berhad (NSTP) secara dalam talian iaitu Harian Metro, Berita Harian dan New Straits Times. -hmetro
