MULTIMEDIA Development Corporation (MDeC) memperkenalkan program MSC Malaysia Capability Development Programme (CDP) untuk membuka peluang perniagaan lebih besar kepada syarikat tempatan dengan mengeksport teknologi mereka ke luar negara.
| [adsenseyu6] | Ketua Pegawai Operasinya, Ng Wan Peng berkata, agensi terbabit bersedia membantu merealisasikan hasrat mana-mana syarikat menerusi program itu dengan menumpukan kepada usaha pengukuhan produk untuk pasaran luar.“Tahun ini, kami menyasarkan untuk mempromosikan sehingga 30 syarikat tempatan memasarkan produk berteknologi mereka yang mampu menjana keuntungan memberangsangkan,” katanya kepada Bisnes Metro di Kuala Lumpur. |
Beliau berkata, langkah itu termasuk beberapa bidang baru diperkenalkan syarikat tempatan yang mempunyai idea unik dan dari segi daya saing pula, keupayaan dimiliki syarikat tempatan adalah antara yang paling tinggi di kalangan negara serantau, sekali gus mampu menyaingi kemampuan antarabangsa.
Katanya, pihaknya turut berpeluang menyampaikan maklumat mengenai peruntukan dana dan program penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang disediakan untuk syarikat Malaysia berstatus MSC, selain menggalak perkongsian ilmu dalam membina rangkaian sesama mereka serta menyebarkan maklumat mengenai perkembangan terkini.

Selain itu, program berkenaan turut membolehkan semua pihak terbabit mencipta produk baru dan berupaya mengkomersialkannya serta pada masa sama meningkatkan pemindahan teknologi sesama mereka.
“Kini, teknologi tanpa wayar sudah meluas digunakan dalam telefon bimbit, laptop dan alat mudah alih, malah ia tersebar luas serta menjadi satu keperluan penting kepada setiap masyarakat yang menyaksikan peningkatan kegunaannya dalam saluran media sosial,” katanya.
Sehubungan itu, MDeC beranggapan sudah menjadi tanggungjawab agensi itu untuk merangsang R&D bertaraf dunia dalam bidang berkenaan dan menimbulkan kesedaran terhadap perlindungan harta intelek (IP) serta menggalakkan aktiviti pengkomersialan. -hmetro