PERBADANAN Pembangunan Multimedia Malaysia MDeC menjalin kerjasama rapat dengan institusi pengajian tinggi tempatan dalam memastikan graduan teknologi maklumat (ICT) mempunyai kemahiran yang diperlukan industri memandangkan ruang pekerjaan dalam sektor berkenaan terbuka luas.

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6] mdec

Ketua Pegawai Operasinya, Ng Wan Peng berkata, walaupun timbul cakap-cakap mengatakan bidang ICT tidak menjanjikan peluang pekerjaan yang banyak, namun hakikatnya kepakaran dalam bidang itu amat diperlukan.

“Setiap tahun banyak syarikat antarabangsa membuat pelaburan di Malaysia dan ia secara tidak langsung memberi peluang pekerjaan yang banyak kepada graduan tempatan.

“Namun, apa yang dilihat tidak banyak graduan tempatan mampu memenuhi kriteria diinginkan syarikat ini sama ada dari aspek pengalaman, kemahiran atau kepemimpinan,” katanya kepada Bisnes Metro di Cyberjaya, semalam.

Berikutan itu, pihaknya aktif bekerjasama dengan institusi pengajian tinggi dalam memastikan graduan dalam bidang berkenaan memenuhi kriteria diperlukan industri. -hmetro

admin
admin

Would you like to share your thoughts?

Your email address will not be published. Required fields are marked *