MAXIS Bhd menawarkan kelajuan baru bagi pakej internet tanpa wayar Maxis WiFi untuk kediaman dengan memperkenalkan modem WiFi 21Mbps.

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6] maxis wifi

Menurut Maxis, dengan kelajuan internet yang lebih pantas itu, pelanggan dapat menonton video definisi tinggi tanpa gangguan dan boleh memuat naik atau memuat turun fail besar pada kelajuan lebih daripada dua kali ganda berbanding sebelum ini.

Modem Maxis Wifi

Ketua Kediaman dan Jalur Lebar Maxis, Ebru Dorman berkata, modem WiFi kediaman 21Mbps yang boleh didapati secara percuma dengan pakej Wi-Fi Kediaman Maxis 20GB, 28GB dan 48GB akan memberi pengguna sambungan lebih pantas.

“Pelan Wi-Fi Kediaman juga menawarkan pelbagai kuota internet untuk memenuhi keperluan dan gaya hidup berbeza. Pengguna sedia ada yang ingin menikmati pakej terbaru ini boleh melawat pusat Maxis terdekat untuk menaik taraf kepada modem terbaru ini,” katanya.

Selain itu, Maxis turut menawarkan pelan 20GB pada RM99 sebulan, pelan 28GB pada RM139 sebulan dan pelan 48GB pada RM169 sebulan bersama 200 hingga 300 minit suara percuma untuk panggilan ke nombor tetap dan mudah alih di seluruh negara dan modem Wi-Fi kediaman 21Mbps serta telefon DECT bernilai RM580 percuma.

Menurut Maxis, pelanggan Pascabayar Maxis akan menikmati diskaun sebanyak RM10 setiap bulan bagi pelan 28GB atau 48GB dan perkhidmatan itu boleh didapati di seluruh negara.

admin
admin

Would you like to share your thoughts?

Your email address will not be published. Required fields are marked *