MAXIS Bhd (Maxis) kini menawarkan rangkaian peranti dengan 4G LTE bersama pelan data dan panggilan menarik sempena pelancaran Samsung Galaxy S4 LTE, semalam.

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6] galaxy s4

Ketua Pegawai Operasi Bersama Maxis, Suren J Amarasekera berkata, pihaknya berbesar hati untuk mengumumkan bahawa Maxis sekali lagi merupakan syarikat telekomunikasi pertama di Malaysia yang menawarkan Samsung Galaxy S4 LTE kepada pelanggannya.

Maxis 4G LTE

“Kami tahu bahawa pelanggan telah lama menantikan kemunculan telefon pintar ini. Kami juga percaya ia akan terus memberi pengalaman hebat terutamanya kepada mereka yang menggunakan perkhidmatan 4G LTE berkelajuan tinggi Maxis. “Di Maxis, kami sentiasa konsisten dalam membawa peranti terbaru terlebih dahulu kepada pelanggan.

Selain itu, menerusi tawaran istimewa One Club (MOC) bagi versi Samsung Galaxy S4 LTE ini bermakna kami terus memberi ganjaran kepada pelanggan setia,” katanya dalam satu kenyataan.

Samsung Galaxy S4 LTE, Maxis turut menawarkan pilihan peranti lain dengan 4G LTE, antaranya iPhone 5, iPad mini, BlackBerry Q10, HTC One, Nokia Lumia 920 dan HTC One XL.

admin
admin

Would you like to share your thoughts?

Your email address will not be published. Required fields are marked *