KUALA LUMPUR – Maxis Bhd menyasar meningkatkan bahagian pasaran pendapatannya dengan pelan #Hotlink yang baru dilancarkan, satu-satunya dan merupakan pelan prabayar pertama di Malaysia yang menawarkan Internet asas percuma.

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6] pelan baru #hotlink

Ketua Perniagaan Penggunanya Dushyan Vaithiyanathan berkata syarikat telekomunikasi itu menyasarkan pengguna sedia ada untuk bertukar kepada pelan prabayar baharu ini dan berharap dapat memperoleh lebih ramai pengguna daripada rangkaian lain.

“Kami berharap pelan ini dapat meningkatkan lagi pelanggan dan pendapatan kami,” katanya pada majlis pelancaran pelan prabayar baharu itu di sini, hari ini.

Syarikat itu merupakan satu-satunya penyedia perkhidmatan komunikasi bersepadu Malaysia dengan pendapatan RM8.9 bilion pada 2012 dan lebih 14 juta pelanggan.

Selain itu, Maxis juga melihat penembusan telefon pintar melebihi 50 peratus di Malaysia ketika ini, oleh itu ia percaya lebih ramai pengguna akan menggunakan Internet dalam peranti mudah alih.

Tanpa mendedahkan sebarang angka, Dushyan yakin pelan #Hotlink itu akan menarik lebih ramai pengguna kerana ia tidak mempunyai ‘caj tersembunyi’.

“Ia alasan yang baik untuk menyertai vendor ini, tidak ada caj tersembunyi, malahan, kami langsung tidak mengenakan caj kepada anda,” katanya.

#Hotlink menawarkan Internet asas percuma pada 64 Kilobait sesaat (Kbps), Internet kelajuan tinggi bagi hanya RM1 sehari, kadar rata rendah 12 sen bagi setiap 30 saat bagi panggilan suara dan tujuh sen bagi setiap khidmat pesanan ringkat (SMS) ke semua rangkaian.

“Gunakanlah Internet pada masa lapang anda, jika anda perlukan kelajuan lebih pantas kami mempunyai kadar kompetitif bagi itu,” katanya.
Keseluruhan pasaran memiliki lebih 42 juta pelanggan mudah alih.  – Bernama

admin
admin

Would you like to share your thoughts?

Your email address will not be published. Required fields are marked *