MAXIS Berhad (Maxis), penyedia rumusan telekomunikasi terkemuka negara, kini giat mengadakan perbincangan dengan Apple bagi memasarkan versi kelima telefon pintarnya, iPhone 5 di negara ini yang dijangka akan berada di pasaran dalam tempoh terdekat.
[adsenseyu6] | ![]() |
Ketua pegawai Eksekutifnya, Sandip Das berkata, Maxis berhasrat menjadi syarikat telekomunikasi pertama di negara ini yang mendapat hak memasarkan iPhone 5 kerana jenama Apple mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai.
“Kini, Maxis sudah mengadakan perbincangan dengan Apple mengenai pasaran produk dan Malaysia ialah lokasi yang baik bagi produk terbabit kerana penggunaan jenama itu semakin meluas.
“Segala keputusan untuk membawa produk itu ke Malaysia adalah dari Apple dan Maxis sentiasa bersedia mempelbagaikan lagi tawaran produk terbaru kepada pelanggan,” katanya pada majlis penyerahan sumbangan RM30,000 kepada rumah kebajikan dan kanak-kanak kurang bernasib baik di Kuala Lumpur.
“Perkembangan perniagaan Maxis juga bakal memberi impak baik dalam operasi dan juga orang ramai kerana perkhidmatan syarikat kini tidak akan terbatas pada satu perkhidmatan saja,” katanya. -hmetro