KUALA LUMPUR – Maxis Bhd memperluaskan liputan 4G Long-Term Evolution (LTE) di Lembah Klang dengan memasukkan Bukit Damansara, Kepong, Sungai Besi, Sentul dan Subang Jaya.

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6] maxis 4g lte

Dalam satu kenyataan hari ini, Maxis berkata syarikat juga memperluaskan perkhidmatannya untuk meliputi kawasan di Pulau Pinang dan Johor Baharu. Ketua Pegawai Operasi bersama Nasution Mohamed berkata syarikat juga merupakan yang pertama menawarkan 4G LTE di Sabah dan Sarawak, bermula dengan Kuching dan Kota Kinabalu.

Lebih 100K pelanggan Maxis 4G LTE

“Pada masa ini kami mempunyai lebih 130,000 pelanggan yang menikmati perkhidmatan 4G LTE kami sejak pelancaran pada 1 Jan, 2013,” katanya. Menurut Maxis, syarikat akan menawarkan suite peranti yang membolehkan 4G LTE melalui pelan panggilan dan data menarik dengan pelancaran Samsung Galaxy S4 dengan 4G LTE hari ini.

“Galaxy S4 menyertai keluaran Apple – iPhone 5, iPad mini dan iPad 4, Blackberry Q10, HTC One, Nokia Lumia 920 dan HTC One XL dalam suite peranti yang membolehkan 4G LTE,” katanya. – Bernama

admin
admin

2 Comments

  1. kecewa
    13/08/2013

    sangat mengecewakan dari segi pembahagian kouta..
    kenapa mesti dibahagikan..??
    saya guna plan88

    5gb utk 18jam (8pg-2pg)
    15gb utk 6jam..(2pg-8pg)
    NON SENSE!!

  2. admin
    13/08/2013

    Bagi pendapat admin, ini adalah strategi pemasaran maxis. Dia bagi banyak time kita semua tidur. Berhati-hari sebelum subscibe, pastikan anda jelas dengan pakej-pakej yang ditawarkan

Would you like to share your thoughts?

Your email address will not be published. Required fields are marked *