PENERAJU penyedia telekomunikasi bersepadu terunggul di Malaysia, Maxis Berhad (Maxis) sekali lagi muncul pemenang bagi anugerah Syarikat Telekomunikasi Pascabayar Terbaik dan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Terbaik tahun ini.

Klik untuk besarkan gambar
maxis menang anugerah [adsenseyu7]

Anugerah PC.com 2012

Anugerah terbabit bersempena Malam Anugerah PC.com 2012 pada 29 Mac lalu dan bagi anugerah pascabayar terbaik, Maxis berjaya memenanginya untuk tujuh tahun berturut-turut manakala CSR terbaik pula tiga tahun berturut-turut.

Naib Presiden Produk Mobiliti dan Perkhidmatan Antarabangsanya, Jeff Chong berkata, pihaknya percaya anugerah itu menunjukkan kepercayaan Maxis dalam menyediakan penyelesaian terbaik untuk pelbagai keperluan mereka.

“Kami berbangga diberi pengiktirafan ke atas dedikasi dalam memberi pelanggan inovasi bagi kategori pascabayar dan kami percaya, pelanggan kami gembira serta mempercayai perkhidmatan disediakan,” katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur.

“Bagi pihak Maxis, kami berusaha untuk memastikan bahawa kami menyediakan pelanggan kemudahan dan pilihan untuk menguruskan keperluan komunikasi mereka dengan berkesan,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur.

Tahun lalu, selain membawa pulang anugerah Syarikat Telekomunikasi Pasca Bayar Terbaik dan Anugerah CSR Terbaik, Maxis juga berjaya cemerlang dalam pelbagai kategori iaitu termasuk Kandungan Mudah Alih Terbaik, Antara 10 Jenama Terbaik dalam Kategori Teknologi dan Anugerah Khas CSR.

admin
admin

Would you like to share your thoughts?

Your email address will not be published. Required fields are marked *