Firma telekomunikasi, Maxis Bhd menandatangani perjanjian dengan Measat Broadband (International) Ltd, bagi menyediakan penyambungan jalur lebar satelit berkelajuan tinggi mampu milik kepada pelanggannya di seluruh negara. Measat Broadband merupakan unit Measat Global Bhd (Measat).
[adsenseyu6] | ![]() |
Syarikat itu telah menandatangani sebagai rakan kongsi utama satelit Measat-5, yang dahulunya dikenali sebagai IPStar Malaysia.
Ia merupakan satelit direka bentuk untuk komunikasi berkelajuan tinggi bagi platform protokol Internet, memudahkan penyambungan jalur lebar dua hala, produk dan penyelesaian.
VSAT Maxis
Menurut Maxis, pihaknya dapat menawarkan pelbagai perkhidmatan ke kawasan pedalaman di seluruh Malaysia melalui teknologi VSAT yang beroperasi dengan satelit Measat-5.
“Hasilnya, masyarakat luar bandar, perniagaan dan agensi kerajaan dapat faedah daripada pengalaman dan tahap yang sama dengan penyambungan jalur lebar setelah pelanggan disambung rangkaian di bandar,” katanya.
Sehingga kini, Maxis mempunyai lebih 12,600 stesen penerima dan lebih 11,000 kilometer penyambungan gentian digunakan di seluruh Malaysia.