MAXIS Berhad (Maxis), peneraju perkhidmatan komunikasi bersepadu Malaysia, melancarkan ‘Best Integrated Go-To-Market (B.I.G) Media’ Maxis, penyelesaian digital bersepadu yang menawarkan pengiklan peluang mendekati asas pelanggan Maxis yang besar melalui ‘kedai sehenti’ untuk pengiklanan secara ‘online’ dan mudah alih.
[adsenseyu6] | ![]() |
Syarikat itu dalam satu kenyataan berkata, Maxis B.I.G. Media mengintegrasikan pelbagai platform digital yang akan membolehkan pengiklan menyediakan kandungan yang disesuaikan dengan minat tertentu pengguna dengan cara lebih efektif.
Ketua Produk, Inovasi, Peranti dan Perantauan T Kugan, berkata, hasil pengiklanan global mudah alih sedang berkembang pada kadar yang pantas di Malaysia.
Maxis percaya pemasaran mudah alih sekarang di ambang satu era baru yang menjanjikan potensi besar untuk pengiklan.
“Maxis B.I.G Media memperkukuhkan kedudukan kami sebagai peneraju perkhidmatan komunikasi bersepadu dengan menyediakan platform digital sehenti yang unik dan interaktif untuk para pengiklan,” katanya.
Dengan Maxis B.I.G Media, pengiklan boleh memanfaatkan asas pelanggan Maxis yang luas di mana terdapat lapan juta pengguna aktif Internet mudah alih, serta lima juta pelanggan Maxis yang telah memilih untuk menerima pengiklanan mudah alih.
“Dengan populariti telefon pintar dan penggunaan Internet mudah alih yang sentiasa meningkat, Maxis B.I.G Media adalah satu penyelesaian yang menawarkan pengiklan platform media menarik yang cekap, langsung, boleh diukur dan kos efektif. Secara asasnya, ia merupakan platform untuk mereka berhubung dengan pelanggan sasaran mereka,” katanya. -sinarharian