PENERAJU perkhidmatan komunikasi bersepadu Malaysia, Maxis Berhad komited menyampaikan kandungan Televisyen Protokol Internet MAXIS IPTV yang menarik kepada orang ramai di bawah saluran percuma apabila menandatangani kerjasama strategik dengan 14 penyedia kandungan.

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6] maxis iptv

Pengerusinya, Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda berkata, kerjasama kandungan itu juga akan membolehkan Maxis menyampaikan barisan filem dan siri atas permintaan, sekali gus mendapatkan pelbagai kandungan yang menarik.

Maxis IPTV akan dilancarkan pada julai

Katanya, menerusi perkhidmatan IPTV yang akan dilancarkan pada Julai ini juga ia boleh diakses dan diperoleh di 1.2 juta kediaman dan ruang pejabat yang memiliki perkhidmatan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) serta pelanggan Maxis Home Fibre Internet.

“Kami teruja untuk memainkan peranan aktif dalam menyokong usaha kerajaan untuk meningkatkan industri kandungan kreatif Malaysia,” katanya pada sidang media di Kuala Lumpur, semalam.

Hadir sama, Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang dan Ketua Pegawai Operasi Bersama Maxis, Mark Dioguardi.

Mark berkata, Maxis turut menyediakan perkhidmatan Internet berkelajuan tinggi untuk pelanggan yang bukan saja di telefon pintar, malah komputer riba, tablet dan sekarang televisyen.

Menurutnya, dengan perkhidmatan gentian Internet yang sedia ada dan perkhidmatan Internet tetap serta tanpa wayar dengan liputan penduduk sebanyak 82 peratus, Maxis menawarkan Internet yang boleh dipercayai dan pantas kepada hampir 6 juta rumah di Malaysia. Malah yuran langganan bulanan pula dijangka kurang dari RM200.

Sementara itu, dalam ucaptama yang dibacakan oleh Salang, usaha sama itu adalah perkembangan sihat bagi industri hiburan dan media dan tahun lalu sektor terbabit menjana RM9.4 bilion dalam perolehan dengan lebih 45,000 profesional industri kreatif dan menyumbang 1.27 peratus kepada keluaran dalam negara kasar.

“Di Malaysia, industri ini dijangka bernilai RM16 bilion berdasarkan pengiklanan, animasi, kandungan digital, televisyen, permainan, muzik dan video,” katanya.

Antara penyedia kandungan yang terbabit adalah Radio Television Malaysia (RTM), Media Prima Bhd, Brilliant Pictures, Vision Plus Entertainment Sdn Bhd, Travel Channel International Limited dan All Asia Multimedia Networks FZ-LLC.

admin
admin

Would you like to share your thoughts?

Your email address will not be published. Required fields are marked *