MAXIS Berhad (Maxis) menyediakan perkhidmatan Internet fiber mampu milik di Malaysia dengan kadar harga serendah RM138 sebulan bagi pakej 10 Megabit sesaat (Mbps).

Klik untuk besarkan gambar
maxis internet fiber [adsenseyu7]

 

Ketua Kediaman dan Jalur Lebar Maxis, Ebru Dorman berkata, pelanggan pascabayar Maxis berpeluang menikmati fiber Internet pada harga RM138 manakala pengguna lain boleh menikmati pakej sama pada harga RM148.

“Ini tawaran paling murah bagi kelajuan 10Mbps dan pelanggan bukan saja dapat menikmati kelajuan yang pantas, malah dapat menikmati penjimatan berganda,” katanya.

Menurutnya, pakej itu sesuai untuk pengguna yang memerlukan kelajuan Internet yang tinggi khususnya bagi mereka yang kerap memuat turun gambar atau video.

Menurutnya, pakej Maxis Home Fibre Internet 10 Mbps membolehkan pelanggan membuat panggilan tanpa had ke talian tetap Maxis, 100 minit percuma kepada nombor mudah alih Maxis dan 100 minit percuma kepada nombor tetap dan mudah alih di destinasi IDD terpilih. -mymetro

admin
admin

Would you like to share your thoughts?

Your email address will not be published. Required fields are marked *