KUALA LUMPUR – Pelanggan Maxis Bhd menggunakan iPhone 5, iPad mini dan iPad 4 kini boleh menikmati Internet berkelajuan tinggi menerusi jaringan Maxis 4G LTE yang telah dikembangkan untuk meliputi kawasan yang lebih luas.
| [adsenseyu6] | ![]() |
Tiga peranti Apple ini menyertai Nokia Lumia 920 dan HTC One XL yang merupakan dua telefon pintar pertama yang diaktifkan dengan jaringan LTE 4G Maxis, kata penyedia perkhidmatan komunikasi bersepadu itu dalam satu kenyataan hari ini. “Kami akan mengembangkan liputan LTE 4G kepada lebih banyak kawasan di Lembah Kelang serta Pulau Pinang dan Johor Baharu menjelang suku ketiga 2013,” kata Ketua Pegawai Operasi Bersama Maxis Mark Dioguardi.
Dengan LTE 4G, pengguna menggunakan iPhone 5, iPad mini dan iPad 4 kini boleh mengalami kelajuan muat turun lima hingga 10 kali ganda lebih pantas daripada 3G, katanya. Perkhidmatan LTE 4G Maxis kini boleh didapati di Taman Tun Dr Ismail, Damansara Utama, Desa Sri Hartamas, Bandar Puchong Jaya, Bandar Sunway dan Cyberjaya.
Kawasan liputan Maxis 4G LTE
Lebih banyak kawasan lagi akan mendapat perkhidmatan ini termasuk Bangsar, Mont Kiara, Desa Park, Bukit Damansara, Kota Damansara, Sunway Damansara, Puchong (Wawasan Puchong, Bandar Kinrara 1, Bandar Kinrara 3, Bandar Kinrara 4, Bandar Puteri), Seapark, Dataran Prima, Tropicana, Petaling Jaya Seksyen 13, 14, 17, 19, SS2, Sunway, Kampung Tunku, SS2, SS3, Taman Desa, Pantai Dalam, Jalan Kelang Lama, Taman Gembira, Desa Petaling, Taman Kinrara 2, Taman Kinrara 3, Taman Kinrara 4, Taman Megah (SS23, SS24, SS26), Kelana Jaya, Bandar Utama, Mutiara Damansara dan USJ3, USJ4, USJ5, USJ9, USJ11, USJ12, USJ13. – Bernama
