Laman web malaysiakini sekali lagi diganggu oleh malware dimana pelayar google memberi amaran bahawa laman web ini mengadungi malware yang mungkin membahayakan komputer pelawat. Ini adalah kali ke-2 laman web malaysiakini menjadi mangsa malware, pertama kali terjadi pada 19 mei 2010 seperti yang dilaporkan di website mereka.

Sejak Sabtu, 19 Mei lalu, Malaysiakini menerima maklum balas daripada beberapa pembaca bahawa mereka menerima amaran daripada perisian anti-virus mereka apabila melawat lamanweb Malaysiakini.com.

Amaran itu mengingatkan pembaca Malaysiakini bahawa mereka mungkin dihubungkan ke URL yang tercemar dikenali sebagai ‘ejdueyhs123.com’

“Kakitangan teknikal Malaysiakini, telah melakukan pemeriksaan rapi di lamanwebnya tetapi tidak menjumpai sebarang sektor yang mempunyai URL yang mengancam itu,” kata ketua pegawai eksekutif Malaysiakini, Premesh Chandran hari ini.

“Justeru, kami ingin memberi jaminan kepada pembaca yang lamanweb Malaysiakini tidak tercemar dengan sebarang virus dan tidak ada risiko bagi pembaca untuk melayarinya.”

Chandran berkata adalah dipercayai bahawa masalah itu berpunca daripada banner atau iklan pihak ketiga yang secara automatik memuat-naikkan iklan mereka di laman Malaysiakini.

“Oleh kerana kami tidak dapat mengesahkan punca masalah itu, maka Malaysiakini akan menghalang semua iklan pihak ketiga di laman kami bermula hari ini. Kami percaya ini akan menyelesaikan masalah berkenaan,” kata Chandran.

Beliau memohon pembaca supaya memaklumkan kepada malware@malaysiakini.com sekiranya mereka terus menerima ancaman virus berkenaan selepas jam 12 tengah hari esok.

“Kami berharap menjelang tempoh itu, semua platform perisian anti-virus yang digunakan oleh pembaca akan dikemaskini oleh data baru ini.

“Dan jika ada pakar teknologi yang boleh membantu kami mengatasi masalah itu, tolong emel kami di alamat berkenaan,” kata Chandran sambil memohon maaf kepada pembaca yang terganggu dengan masalah itu.

http://www.malaysiakini.com/news/135375

admin
admin

1 Comment

  1. Amaran serangan virus terbaru di laman Malaysiakini
    17/09/2010

    […] Pembaca yang melayari laman sesawang Malaysiakini diberi amaran bahawa halaman itu diserang virus yang boleh merosakkan sesetengah perisian komputer mereka. Kejadian ini telah berlaku berlaku beberapa kali sebelum ini. […]

Would you like to share your thoughts?

Your email address will not be published. Required fields are marked *