Kuala Lumpur: Indeks Pencapaian Penembusan Jalur Lebar 2013 menunjukkan Malaysia berada di tangga kedua daripada 26 negara berdaya maju dari segi ekonomi mengatasi negara ASEAN termasuk Thailand, Vietnam , Filipina dan Indonesia.

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6] Penembusan Jalur Lebar

Berdasarkan indeks itu, ia membuktikan negara sentiasa konsisten dengan kekal sebagai antara tiga yang terbaik sejak beberapa tahun lalu.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia juga bukan saja meliputi infrastruktur ICT, tetapi juga sejauh mana kerajaan, entiti perniagaan dan pengguna menggunakan teknologi jalur lebar bagi mempertingkatkan ekonomi serta sosial.

Untuk itu katanya, kerajaan sentiasa berusaha untuk memenuhi permintaan masyarakat yang sentiasa meningkat untuk capaian Internet yang pantas serta lebih baik.

“Pelbagai inisiatif sedang dan akan dilaksanakan kerajaan menerusi Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Multimedia serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia untuk mencapai matlamat 75 peratus kadar penembusan jalur lebar pada 2015.

Global IP Transit Service

“Bagi menyediakan prasarana mencukupi untuk menampung keperluan pasaran, kerajaan menerusi kerjasama dengan pihak industri juga membantu meningkatkan kapasiti dengan membina kabel dasar laut seperti Cahaya Malaysia Kabel, Asia Pacific Getaway (APG) dan Batam-Dumai-Melaka dengan anggaran perbelanjaan RM621.3 juta,” katanya ketika melancarkan perkhidmatan Internet pukal keluaran V-Telecoms Berhad di ibu negara, semalam.

Hadir sama, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) Datuk Mohamed Sharil Mohamed Tarmizi, Pengerusi V- Telecoms Berhad Tan Sri Mohd Yusof Tun Syed Nasir dan Ketua Pegawai Eksekutif V-Telecoms Berhad Roslina Ibrahim.

Muhyiddin berkata, ketika ini penggunaan Internet menjadi platform komunikasi global, perdagangan serta ekspresi individu untuk menjana perkara yang menjadi keutamaan nasional seperti penjagaan kesihatan dan pendidikan.

Katanya, penyempurnaan projek berkenaan bakal membuka lembaran baru kepada industri perkhidmatan Internet serta mewujudkan situasi menang-menang antara kerajaan dan syarikat.

admin
admin

Would you like to share your thoughts?

Your email address will not be published. Required fields are marked *