Malaysia menumpaskan Indonesia dengan agregat 4-2 dalam perlawanan akhir kedua Kejohanan Bola Sepak Piala AFF-Suzuki 2010 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, Indonesia malam ini.
[adsenseyu6] | ![]() |
Gol tunggal Malaysia dalam perlawanan itu disempurnakan pemain negara Mohd Safee Mohd Sali pada minit ke-53 dalam perlawanan timbal balik berkenaan. Gol berkenaan memberikan kemenangan kepada negara setelah perlawanan akhir pertama menentang Indonesia di Stadium Nasional Bukit Jalil dengan keputusan 3-0 pada 26 Disember lalu.
Indonesia kemudiannya memperolehi satu gol melalui pemainnya Mohammad Nasuha pada minit ke-71. Satu lagi gol diperolehi Indonesia pada minit ke-87.
Perdana menteri istihar cuti umum
Dalam perkembangan berkaitan, perdana menteri Datuk Seri Najib Razak lewat malam ini mengisytiharkan 31 Disember sebagai cuti umum. Dalam kenyataannya kepada Bernama itu, beliau mengisytiharkan cuti umum berkenaan bagi meraikan kemenangan pertama Malaysia dalam sejarah 14 tahun kejohanan berkenaan.
Sepanjang tujuh edisi sebelum ini, Malaysia hanya sekali berpeluang melangkah ke perlawanan akhir iaitu pada edisi sulung kejohanan yang dahulunya dikenali sebagai Piala Tiger pada 1996.
Perdana Menteri umumkan jumaat cuti umum | ejoeSolutionsejoeSolutions
30/12/2010[…] lewat malam ini mengisytiharkan 31 Disember sebagai cuti umum sempena kejaan Malaysia menjadi juara Kejohanan Bola Sepak Piala AFF-Suzuki […]
Kelantan hadiah rumah untuk penjaga gol Malaysia | ejoeSolutionsejoeSolutions
04/01/2011[…] gol skuad Harimau Malaya yang berjaya membantu negara menjuarai Piala AFF Suzuki, Khairul Fahmi Che Mat dihadiahkan sebuah rumah oleh kerajaan negeri Kelantan hari ini, […]
Twitter Khairul Fahmi kelima tertinggi di dunia » ejoeSolutions
23/01/2013[…] Khairul Fahmi, 21, berupaya menyelamatkan lebih daripada 10 percubaan mendebarkan oleh pasukan Indonesia yang menyerang secara agresif sejurus selepas wisel perlawanan dibunyikan dalam Final AFF Suzuki CUP 2010. […]