Majlis Pelancaran Pelan ICT Negeri Kelantan

Tarikh: 25 Julai 2011
Masa: 2ptg
Tempat: Dewan Bunga Teratai Kompleks Kota Darulnaim

Tetamu yg hadir:
YB Dr. Fadzil Dato’ Hj.Hassan – Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains & Teknologi
YBhg Tan Sri Abdul HAlim Ali – Pengerusi MDeC
YB Dato’ hj Zainuddin Hj Ibrahim – Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan
YAB Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat – Menteri Besar Kelantan

pelan ict kelantan

Kota Bharu, 23 Syaaban 1432H(25 Julai 2011): Majlis Perasmian Pelancaran Pelan Halatuju ICT Negeri Kelantan telah diadakan di Dewan Teratai, Kompleks Kota Darulnaim. YAB. Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Dato’ Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, Menteri Besar Kelantan ketika merasmikan Majlis Pelancaran berkata: “Saya bersyukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana Kerajaan Negeri dapat menghasilkan Pelan Halatuju ICT Negeri Kelantan bagi tahun 2011 hingga 2015 dengan sokongan Multimedia Development Corporation (MDeC) melalui Program Peluasan MSC Malaysia ke Negeri Kelantan”. Beliau juga berharap agar dengan terlancarnya pelan ini, rakyat negeri Kelantan akan mendapat manfaat yang lebih besar dan mampu bersaing di peringkat global dalam era teknologi maklumat pada hari ini. Beliau menambah ‘Hakikatnya, Islam tidak menolak teknologi moden. Bahkan Allah SWT sentiasa menganjurkan manusia untuk berlumba-lumba meneroka teknologi baru untuk manfaat bersama.”

Beliau juga telah membacakan ayat berikut :

Yang bermaksud : Hai sekalian jin dan manusia, jika kamu sanggup menembus (melintasi) penjuru langit dan bumi, Maka lintasilah, kamu tidak dapat menembusnya kecuali dengan kekuatan.(Surah Al-Rahman, ayat 33)

bagi menjelaskan bagaimana cabaran daripada Allah SWT untuk manusia agar mencari kaedah dan berusaha untuk meneroka kejadian di langit dan di bumi dan ia tidak akan berjaya melainkan dengan al-sultan iaitu kemampuan samada dari sudut ilmu atau fizikal.

Beliau juga menyebutkan bahawa “Al-Quran sendiri merupakan Pelan Halatuju Besar Untuk Semua Keperluan Hidup Manusia bagi mencapai kejayaan di dunia dan akhirat. Allah SWT di dalam Al-Quran telah menyebut tentang keperluan pelan halatuju di dalam kisah Nabi Yusuf a.s. di mana umatnya terhindar daripada bencana kelaparan yang akan menimpa Mesir pada waktu itu. Nabi Yusuf a.s. telah mencadangkan suatu pelan untuk jangkamasa selama tujuh (7) tahun yang perlu dilaksanakan bagi menghadapi kesukaran tersebut. Cadangan ini dikemukakan sewaktu menafsirkan mimpi Raja Mesir yang melihat tujuh ekor lembu gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu kurus, dan tujuh tangkai biji-bijian yang hijau serta tujuh lagi yang kering.” Beliau merujuk Surah Yusuf ayat 46 – 49.

Turut hadir di dalam Majlis Perasmian Pelancaran ialah Yang Berbahagia Tan Sri Abdul Halim bin Ali, Pengerusi Multimedia Development Corporation (MDeC), Yang Berhormat Dato’ Dr. Hj. Zainuddin bin Hj. Ibrahim Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Yang Berhormat Dr. Mohamed Fadzli bin Dato’ Hj. Hassan Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi Negeri Kelantan, YB. Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Timbalan-timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Pengarah Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat, Ketua-Ketua Jajahan, Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, Pengetua-Pengetua Sekolah YIK, Mudir-Mudir Pondok dan pegawai-pegawai kerajaan.

Misi ICT Negeri Kelantan sebagaimana yang dinyatakan dalam dokumen ini adalah untuk Menjadikan Kelantan sebagai “Pusat Kecemerlangan Islam Yang Memanfaatkan Kemajuan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Bagi Meningkatkan Taraf Sosio dan Ekonomi Negeri Kelantan”. Kenyataan misi ini adalah selari dengan visi Membangun Bersama Islam yang didokong oleh Kerajaan Negeri Kelantan sejak tahun 1990. Untuk memantapkan Mekanisme Perancangan dan Pelaksanaan Pelan Halatuju ICT Negeri,  Majlis Teknologi Maklumat Negeri (SITC) akan diaktif, diperkukuh dan ditingkatkan sebagai badan pemikir yang akan memberi nasihat kepada kerajaan mengenai pembangunan ICT di negeri ini.

Beliau akhirnya berharap agar semua pihak yang terlibat dapat melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan bersungguh-sungguh berdasarkan prinsip Ubudiyah, Mas’uliyah dan Itqan supaya Pelan Halatuju ICT Negeri Kelantan 2010 – 2015 berjaya dilaksanakan.

Pasa majlis ini ejoeSolutions telah menerima anugerah Incubati Usahawan Muda yang telah disampaikan oleh Menteri Besar Kelantan YAB Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat.

admin
admin

1 Comment

  1. ejoeSolutions menerima anugerah Incubator Usahawan Muda | | ejoeSolutions
    26/07/2011

    […] telah menerima anugerah Incubator Usahawan Muda pada Majlis Pelancaran Pelan ICT Negeri yang disampaikan oleh Menteri Besar Kelantan YAB Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Hj Nik Abdul […]

Would you like to share your thoughts?

Your email address will not be published. Required fields are marked *