Petaling Jaya: Lowyat MSC Sdn Bhd (Lowyat MSC) dijangka membuka dua laman portal lagi berbanding enam ketika ini menjelang pertengahan tahun depan bagi memenuhi keperluan pengguna dan pengiklannya.
| [adsenseyu6] | ![]() |
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Vijandren Ramadass berkata, langkah itu dilihat tepat pada masanya memandangkan portal dijangka menjadi keperluan penting menjelang 2014.
“Kami percaya portal pilihan terbaik bagi orang ramai ingin mencari maklumat dan penyelesaian kepada minat masing-masing,” katanya pada majlis pelancaran program ‘The Influencer’ di sini, semalam.
Lowyat MSC syarikat memiliki Lowyat.Net iaitu komuniti atas talian mencatatkan keahlian lebih daripada 500,000 ahli dan kunjungan enam juta pelawat pada setiap bulan.
Sehingga kini, Lowyat MSC melancarkan enam portal iaitu Lipstiq.com, Wanista.com, Hype.my, Storekini.com, LowyatTV dan Autofreaks yang fokus kepada pelbagai keperluan serta gaya hidup. -hmetro
