KUALA LUMPUR: Laman rangkaian profesional terbesar dunia, LinkedIn, kini boleh didapati dalam Bahasa Malaysia untuk memudahkan kegunaan kalangan profesional Malaysia yang mahu menjadi lebih produktif dan berjaya.

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6] linkedin

Termasuk dalam tambahan baharu itu, ahli-ahli pada masa ini dan bakal ahli kini mempunyai 12 bahasa untuk dipilih daripada laman web.

LinkedIn Bahasa Malaysia

“Ketersediaan bahasa tempatan kerap mempercepatkan keseluruhan generasi baharu pengguna LinkedIn di dalam negara, sekali gus meningkatkan pengalaman keseluruhan komuniti,” kata Cliff Rosenberg, pengarah urusan LinkedIn Australia, New Zealand dan Asia Tenggara.

Beliau berkata idea untuk menambah Bahasa Malaysia ke dalam senarai ialah untuk menyampaikan nilai kepada golongan profesional, dan dalam berbuat demikian, perlunya lebih bersifat tempatan dan relevan.

“Hampir 700,000 profesional di Malaysia sudahpun memperkenalkan identiti profesional mereka, membina rangkaian masing-masing dan mendapatkan akses dan peluang ke atas LinkedIn,” kata Rosenburg kepada pemberita pada majlis pelancaran Bahasa Malaysia di sini hari ini.

Mengapa memilih Malaysia, beliau berkata ia adalah berikutan kadar penembusan Internet yang tinggi di sini, dilihat daripada lebih daripada 17.5 juta pengguna Internet di dalam negara. Setakat 3 November, LinkedIn mempunyai lebih 135 juta ahli seluruh dunia dari 200 negara. – Bernama

admin
admin

2 Comments

  1. Ahli Linkedin cecah 1 juta - ejoeSolutions
    02/12/2012

    […] ahli telah melepasi satu juta di Malaysia, sekali gus menjadi satu pencapaian yang bermakna selepas pelancaran laman Bahasa Malaysia pada […]

  2. SILICON VALLEY comes to Malaysia! - ejoeSolutions
    02/12/2012

    […] the BIG person in YouTube, LinkedIn, Twitter, Foursquare, Napster and important Silicon Valley players at Mandarin Oriental, KL. […]

Would you like to share your thoughts?

Your email address will not be published. Required fields are marked *