Mungkin semua sedia maklum berkaitan perhimpunan Bersih yang diadakan hari ini. Menariknya adalah dimana ianya memperlihatkan penggunaan laman dan rangkaian sosial yang amat aktif dan efektif, dimana sehingga kini, secara kasarnya, lebih daripada satu tweet dihantar setiap saat.
Pada masa yang sama, bilangan gambar dan Retweet untuk setiap gambar yang ditag dengan #Bersih juga meningkat dengan lebih drastik dari semasa ke semasa. Salah seorang pembangun tempatan turut sama telah menyediakan sebuah TweetWall ringkas, membolehkan pengguna mengikuti perkembangannya dalam masa nyata.
Mungkinkah ini bakal menjadi sebuah rekod baru dalam dunia rangkaian sosial tempatan?
-http://amanz.my/