LANGGANAN bagi liputan 4G Long-Term Evolution 4G LTE dijangka melebihi satu bilion pada 2017 dan akan tersedia kepada 60 peratus penduduk dunia menjelang 2018, menurut Laporan Mobiliti terbaru syarikat perkhidmatan dan teknologi komunikasi Ericsson.

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6] 4g lte

Menurut laporan itu, jumlah keseluruhan aliran data dijangka meningkat sebagai 12 kali ganda menjelang akhir 2018 didorong pertumbuhan berterusan dalam kandungan yang disediakan bagi peranti mudah alih terutama telefon pintar selain kelajuan internet yang semakin meningkat dengan pembangunan teknologi LTE dan HSPA.

Lebih banyak peranti menyokong 4G LTE

Naib Presiden Kanan Ericsson Douglas Gilstrap berkata, perkhidmatan LTE dijangka meningkat dengan pesat kerana kewujudan lebih banyak peranti yang boleh menyokong teknologi itu selain permintaan meningkat bagi perkhidmatan bertumpulkan data seperti video.

Video adalag segmen terbesar dalam aliran data bagi rangkaian internet dan dijangka mengalami pertumbuhan sehingga 60 peratus setiap tahun sehingga akhir 2018.

Menurut Ericsson, penggunaan video mencecah purata 2.6GB bagi setiap langganan internet. Selain video, pengguna juga menghabiskan purata 85 minit setiap hari untuk mengakses laman media sosial.

Laporan itu turut menyebut telefon pintar merangkumi separuh daripada penjualan telefon bimbit di seluruh dunia bagi suku pertama tahun ini sahaja, dibandingkan 40 peratus bagi seluruh tahun lalu. -sinar harian

admin
admin

Would you like to share your thoughts?

Your email address will not be published. Required fields are marked *