MANILA: Filipina berkata, sekumpulan penggodam China menyerang tiga laman sesawang dikendalikan pejabat Presiden Benigno Aquino, semalam.

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6] laman sesawang presiden digodam

Serangan itu berlaku sejurus selepas kerajaan berkata, mereka akan menyatakan kebimbangan kepada Amerika Syarikat ekoran peningkatan ketegangan berhubung isu sempadan dengan China. Pejabat presiden berkata, berlaku peningkatan ketara trafik dengan permintaan palsu untuk URL laman sesawang rasmi mereka.

Turut menjadi mangsa, dua laman sesawang lain yang dikendalikan pasukan komunikasi Aquino. “Maklumat diperoleh melalui analisis data menunjukkan, serangan itu datang dari alamat protokol Internet yang dihubungkan ke rangkaian China,” kata kenyataan itu. – AFP

admin
admin

Would you like to share your thoughts?

Your email address will not be published. Required fields are marked *