PENGANJUR Klinik Usahawan Warga Industri 1Malaysia (KUW1M) bersama Dr Azizan Osman menyasarkan 30,000 warga industri untuk mengikuti program itu yang akan dilaksanakan di lokasi utama seluruh negara dalam tempoh sebulan.

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6] kuw1m

Pengarah program, Nazir Hussin Akhtar Husin berkata, beliau yakin angka tersebut boleh dicapai berdasarkan jumlah penyertaan yang dicatatkan program itu tahun lalu iaitu seramai 22,000 orang. Menurutnya, program itu turut dijangka mendapat sambutan memandangkan ia banyak membantu individu mencapai kejayaan melalui perniagaan.

“Saya percaya KUW1M akan membuka minda orang ramai mengenai perniagaan dan membantu mereka dalam melihat peluang, potensi dan bantuan yang disediakan pihak kerajaan,” katanya pada majlis pra pelancaran KUW1M di Shah Alam, kelmarin. Program KUW1M adalah antara inisiatif kerajaan dalam membantu meningkatkan taraf hidup warga industri terutama golongan muda.

KUW1M beri latihan & keyakinan kendiri

Melaluinya, warga industri akan diberi latihan dan keyakinan kendiri yang tinggi serta pendedahan berkenaan peluang perniagaan dan keusahawanan yang disediakan kerajaan melalui agensi terlibat. Nazir berkata, program itu dikendalikan Pertubuhan Kebajikan dan Rekreasi Richworks Group Sdn Bhd (Richwell) dengan kerjasama pakar motivasi potensi diri terkenal, Dr Azizan Osman.

“Apa menarik, ia akan dijalankan secara percuma sebagai satu usaha komuniti yang dijalankan melalui Richwell iaitu anak syarikat di bawah Richworks,” katanya. Program itu dijadual bermula 23 Mac depan di Kuala Lumpur dilancar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Siri jelajah KUW1M bersama Dr Azizan Osman ini akan diteruskan di lokasi seperti Melaka (24 Mac), Kota Baharu (29 Mac), Kuantan (30 Mac), Shah Alam (31 Mac), Alor Star (5 April), Pulau Pinang (6 April), Ipoh (7 April), Kuala Lumpur (13 April) dan Johor Bahru (14 April). Maklumat lanjut boleh didapati di laman sesawang KUW1M www.beraniberniaga.com. -sinarharian

admin
admin

Would you like to share your thoughts?

Your email address will not be published. Required fields are marked *