DIGI Telecommunications Sdn Bhd (DiGi) optimis untuk terus meningkatkan penguasaan pasaran di kalangan golongan muda dengan memperkenalkan kempen promosi DiGi Super Reload Social Impian Buddyz selepas melihat peningkatan prestasi pengaruh laman sosial terhadap segmen pengguna sasarannya.

Ketua Operasi Pemasaran dan Perkongsiannya, Moharmustaqeem berkata, kempen itu yang berlangsung dari 8 September hingga 31 Disember ini turut menawarkan hadiah lebih RM250,000 untuk merebut 100 pengalaman unik yang disediakan DiGi. Beliau berkata, lebih menarik lagi ialah tiga daripada pengalaman itu bakal disertai tiga selebriti terkenal iaitu pelakon Lisa Surihani dan Shaheizy Sam serta penyanyi Aizat Amdan apabila pelanggan DiGi berjaya mendapatkan kad emas menerusi kempen itu.
“Dengan hanya membeli kad prabayar DiGi Super Reload Social, pembeli layak menerima kad gores untuk mendapat hadiah. “Sekiranya mereka berjaya mendapat tawaran hadiah berupa pengalaman daripada kad itu, termasuk tiga daripada seratus pengalaman berkenaan, mereka bakal disertai salah satu selebriti terbabit. “Terdapat juga hadiah ditawarkan kepada pengguna bertuah disediakan i A-look, Crocs, Elianto, Fotokem, Genting Skyway, RipCurl, Starbucks, TGV Cinemas dan Silky Girl,” katanya.

admin
admin

Would you like to share your thoughts?

Your email address will not be published. Required fields are marked *