WASHINGTON: Korea Selatan menduduki tempat teratas dalam senarai kelajuan muat turun internet dunia diikuti Romania, Bulgaria, Lithuania dan Latvia, menurut kajian yang diumumkan, hari ini.
[adsenseyu6] | ![]() |
Amerika Syarikat pula berada di tangga ke-26 dalam analisis berkaitan penyambungan internet seluruh dunia yang dikendalikan Pando Networks. Purata kelajuan muat turun di Korea Selatan ialah 2,202 kilobait per saat (KBps), manakala Romania (1,909 KBps), Bulgaria (1,611 KBps), Lithuania (1,462 KBps) dan Latvia (1,377 KBps) melengkapkan senarai lima teratas.
Japan pula dengan 1,364 KBps, dikuti Sweden (1,234 KBps), Ukraine (1,190 KBps), Denmark (1,020 KBps) dan Hong Kong (992 KBps).
Purata muat turun paling perlahan dicatatkan ialah di Republik Congo iaitu 13 KBps, diikuti Republik Afrika Tengah 14 KBps dan Comoros dengan 23 KBps. – AFP
Yusef Stuart
27/10/2013Betul tu, walaupun 10 tahun dulu semasa saya bekerja di Korea Selatan, kelajuan internet di Korea berganda-ganda lagi laju dari Malaysia. Sekarang tak tahulah laju macam mana, mungkin laju berdesup-desup.
admin
27/10/2013Kalau nak banding dengan singapura pon Malaysia jauh ketinggalan…