KUMPULAN Perbankan RHB menjangka peningkatan dua digit ke atas jumlah pelanggan yang menggunakan perkhidmatan perbankan Internet dalam tempoh 12 bulan selepas menjalin kerjasama dengan PayPal, penyedia perkhidmatan bayaran dalam talian terkemuka dunia.

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6] perbankan internet rhb paypal

Pengerusinya, Tan Sri Azlan Zainol berkata, setakat ini pengguna perbankan Internet RHB mencecah 250,000 orang dan pihaknya menyasarkan angka itu bertambah selaras kemudahan pembayaran disediakan.

Peningkatan Penggunaan Perbankan Internet

“Selepas memeterai perjanjian eksklusif dengan PayPal kami yakin lebih ramai pelanggan menggunakan perkhidmatan ini dalam pelbagai transaksi,” katanya.

Menurutnya, melalui perjanjian itu, RHB menyediakan dua kemudahan pembayaran iaitu tambah nilai untuk akaun PayPal melalui perbankan Internet RHB dan perkhidmatan pemindahan wang secara dalam talian ke mana-mana alamat e-mel menggunakan platform PayPal.

“Kami yakin menerima reaksi positif daripada pelanggan sedia ada terhadap kemudahan ini apatah lagi ini kali pertama diperkenalkan di Malaysia,” katanya selepas majlis pelancaran yang disempurnakan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

admin
admin

Would you like to share your thoughts?

Your email address will not be published. Required fields are marked *