MALAYSIA Airlines System (MAS) menjangka purata jumlah tempahan tiket penerbangan menggunakan telefon pintar menerusi aplikasi MHmobile meningkat lebih 500 peratus tahun ini disandarkan penggunaan bayaran dalam talian global PayPal yang mula diperkenalkan, semalam.

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6] mas paypal

Kerjasama dengan PayPal turut menjadikan MAS sebagai syarikat penerbangan pertama di Asia Tenggara yang menawarkan kemudahan lebih pantas dan selamat menggunakan telefon mudah alih. Tahun lalu, MAS merekodkan peningkatan 500 peratus daripada segi purata tempahan harian melalui MHmobile yang kini boleh digunakan di pelbagai platform termasuk iOS, Android dan Windows.

Aplikasi MHmobile

Naib Presiden Kanan Pemasaran dan Promosi MAS, Al-Ishsal Ishak berkata, sejak MHmobile diperkenalkan pada 2009, jumlah penggunanya meningkat dengan 70 peratus daripada transaksi dilakukan ahli Enrich dan turut menyumbang 10 peratus kepada perolehan dalam segmen tempahan dalam talian yang ditawarkan MAS.

“Ketika ini, lebih ramai pengguna memilih telefon mudah alih untuk membuat tempahan dan kami percaya, kerjasama dengan PayPal meningkatkan lagi jumlah pengguna sekali gus menyasarkan sumbangan kepada perolehan antara 20 dan 30 peratus dalam tempoh dua atau tiga tahun lagi.

“Sehubungan itu, MAS mengadakan pelbagai aktiviti dan promosi dalam tempoh enam bulan akan datang untuk menarik minat pengguna MHmobile membuat tempahan tiket menggunakan PayPal,” katanya pada sidang media di Kuala Lumpur, semalam.

Menerusi perkhidmatan terbaru itu, pengguna telefon pintar boleh membuat tempahan tiket penerbangan domestik dan antarabangsa MAS di mana saja menerusi aplikasi MHmobile dan laman web mudah alih flymas.mobi yang menerima perkhidmatan PayPal.

Promosi tambang murah

Bersempena dengan pelancaran itu, MAS menawarkan tambang promosi dari serendah RM150 bagi penerbangan domestik dan RM340 bagi destinasi Asean dengan tempahan bermula 5 hingga 8 Julai bagi tempoh penerbangan dari 5 Julai hingga 31 Oktober.

Sementara itu, Pengarah PayPal Asia Pasifik bagi mudah alih, Rahul Shinghal berkata, menerusi kajian beli belah secara mudah alih PayPal tahun lalu mendapati, pasaran perdagangan mudah alih di Malaysia meningkat sebanyak 370 peratus iaitu daripada RM101 juta pada 2010 kepada RM467 juta pada 2011.

admin
admin

Would you like to share your thoughts?

Your email address will not be published. Required fields are marked *