Kepentingan Mailing List
Mailing list merupakan satu “marketing tool” atau aplikasi internet yang digunakan untuk mempromosikan produk dan servis di samping untuk mengekalkan dan mengembangkan lagi sesebuah perniagaan. Penggunaan mailing list ini merupakan cara paling murah dan senang membuatkan pelanggan akan sentiasa berpuas hati dengan perkhidmatan anda selain akan mendapat sokongan terus dari mereka secara tidak langsung.
[adsenseyu6] | ![]() |
Antara kepentingan Mailing List ialah:
- Membolehkan pemilik perniagaan mempromosikan secara terus atau berkempen mengenai perniagaan mereka dengan lebih efektif.
- Membolehkan pelanggan dan klien yang terdapat dalam senarai mailing mendapat peluang untuk sentiasa berhubung dengan pemilik perniagaan serta mendorong mereka untuk membeli produk yang ditawarkan.
- Membenarkan perhubungan terus antara perniagaan dan klien.
- Dapat bertukar informasi dalam satu kelompok melalui email.
- Pelanggan juga dengan mudah akan sentiasa mendapat “update” terkini serta dijemput untuk menghadiri acara dan majlis.
Dengan Mailing list kita dapat mengumpul senarai email pelanggan & bakal pelanggan yang mungkin berminat dengan produk atau servis yang kita tawarkan. Antara perkhidmatan Mailing List yang popular ialah :
– Mail Chimp
– Aweber