Kelantan sekali lagi mencetus kelainan sempena Ramadan tahun ini apabila menggantikan baju batik kepada pakaian kebangsaan yang perlu dipakai pada setiap hari Khamis, lapor HarakahDaily.

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6] baju batik

Lazimnya, sebelum ini pada setiap Khamis kakitangan kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan dan badan berkanun mengenakan baju batik bagi kakitangan lelaki. Namun mulai 19 Ogos ini, kakitangan lelaki diarah memakai baju kebangsaan.

Baju kebangsaan dimaksudkan mempunyai lima butang dan (lengkap dengan songkok serta samping) dipakai setiap Khamis sepanjang bulan Ramadan.

Pekeliling mengenai arahan terbaru itu ditandatangani Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Shafie Ismail bertarikh 12 Ogos 2010.

Pekeliling yang diedar tersebut bertajuk ‘Arahan Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Kelantan Bil 2 /2010’. Pekeliling terbabit dituju kepada semua ketua jabatan negeri, pihak berkuasa tempatan dan badan berkanun negeri.

Difahamkan keputusan pemakaian baju kebangsaan tersebut dibuat pada mesyuarat majlis exco Ogos lalu. HarkahDaily juga melaporkan pemakaian baju kebangsaan akan dipraktik secara tetap pada setiap bulan Ramadan.

* Sumber : http://malaysiakini.com/news/140399

admin
admin

Would you like to share your thoughts?

Your email address will not be published. Required fields are marked *