Tahniah kepada Kelantan yang berjaya untuk kali pertama menjuarai Piala Malaysia 2010. Pada perlawanan akhir Skuad Red Warrior berjaya mengalahkan Negeri Sembilan 2-1. Gol Kelantan dijaringkan oleh Hairuddin Omar dan Badri Radzi makala jaringan Negeri Sembilan dilakukan oleh Shahurain Abu Samah pada babak pertama.

Lebih mengembirakan apabila Kelantan diberi cuti peristiwa pada hari ahad 31 Oktober 2010 sempena kemenangan ini. Ura-ura sebelum ini yang mengatakan tidak akan cuti pada hari ahad adalah ternyata meleset. Kelantan sekali lagi akan bercuti pada 4 oktober 2010 sempena Pilihanraya Kecil Dun Galas di Gua Musang.

KELANTAN: Khairul Fahmi Che Mat, Daudsu Jamaludin (Akmal Rizal Rakhli), Farisham Ismail, Rizal Fahmi Rosid, Zairul Fitree Ishak, Nor Farhan Muhammad, Badri Radzi, Shakir Shaari (Khairan Eroza Razali), Indra Putra Mahayuddin, Norshahrul Idlan Talaha (S. Chanturu), Hairuddin Omar.

NEGERI SEMBILAN: Sani Anuar Kamsani, Tengku Qayyum Ubaidillah Tengku Ahmad, Shukor Adan, Aidil Zafuan Radzak (Firdaus Azizul), Ching Hong Aik (Asyraf Al Japri), Alif Shamsuddin, Idris Karim, Halim Zainal, S. Kunanlan, Shahurain Abu Samah, Qhairul Anwar Roslaini (Shaffik Rahman).

admin
admin

3 Comments

  1. Piala Malaysia di KB Mall « ejoeSolutions
    03/11/2010

    […] menjelajah Gua Musang dan Kok Lanas kelmarin, Piala Malaysia yang dijulang pasukan Kelantan buat pertama kali sejak 89 tahun terus diarak bagi menemui peminat-peminat yang sentiasa memberikan […]

  2. Pemain Red Warriors dapat RM200,000 | ejoeSolutions
    29/01/2011

    […] menawarkan insentif RM200,000 kepada pemain-pemain Red Warriors di atas kejayaan mereka menggondol Piala Malaysia musim 2010, menjadi […]

  3. Kelantan juara piala Sumbangsih | ejoeSolutions
    30/01/2011

    […] M Karathu gelaran kedua dalam tempoh tiga bulan. The Reds Warriors tambah koleksi trofi selepas Piala Malaysia, Emas […]

Would you like to share your thoughts?