Sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Kelantan dan Limkokwing University of Creative Technology akan menganjurkan Kelantan Design and Branding Exhibition 2012 sebagaimana butiran berikut :
| [adsenseyu6] | ![]() |
Tarikh : 18-20 April 2012/26-28 Jamadil Awwal 1433 (3 hari)
Masa : 11.00 pagi – 9.00 malam
Tempat : Kelantan Trade Centre, Kota Bharu
Tujuan pameran ini diadakan adalah untuk memaparkan kepada masyarakat tempatan tentang pentingnya rekabentuk yang kreatif dan penjenamaan yang inovatif. Pameran ini akan memaparkan hasil karya yang bermutu dalam bidang senibina, rekabentuk grafik, penjenamaan, animasi, halal, batik, kraf dan pemasaran.
Seminar & Ceramah
Pameran Kelantan Design and Branding Exhibition 2012 ini juga akan diisi dengan seminar dan ceramah mengenai bidang-bidang yang tersebut di atas oleh pensyarah-pensyarah yang dibawa khas dari kampus LUCT Cyberjaya. Selain itu, usahawan-usahawan jaya tempatan juga akan dijemput untuk berkongsi ilmu dan pengalaman dengan para hadirin tentang usaha gigih mereka sehingga mampu meraih kejayaan dalam perniagaan.
Aturcara Kelantan Design & Branding Exhibition 2012
Orang ramai dijemput hadir.
2 Comments
Would you like to share your thoughts?
You must be logged in to post a comment.


Universiti Limkokwing reka sejadah idea Nik Aziz - ejoeSolutions
19/04/2012[…] Reka bentuk sejadah dihasilkan berikutan idea yang diberikan oleh Tuan Guru sewaktu melawat universiti itu tidak lama dahulu. Ia dibuat sempena majlis perasmian Kelantan Design dan Branding Exhibition. […]
::Malaysia Marketing Creative and Training Centre:: | Universiti Limkokwing reka sejadah idea Nik Aziz - ActionRICH Solution
24/05/2012[…] Reka bentuk sejadah dihasilkan berikutan idea yang diberikan oleh Tuan Guru sewaktu melawat universiti itu tidak lama dahulu. Ia dibuat sempena majlis perasmian Kelantan Design dan Branding Exhibition. […]