Kota Bharu – Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan (SUK) dengan kerjasama Sinar Harian akan menganjurkan Karnival Kerajaan Elektronik dan Inovasi Negeri Kelantan 2013 KEIK2013 bermula 17 hingga 19 Jun 2013 ini.
[adsenseyu6] | ![]() |
Menurut Penolong Pegawai Teknologi Maklumat, Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat SUK, Rafhan Joehan, karnival yang merupakan acara tahunan Program Pembangunan Sains dan Teknologi PPST ini akan diadakan di KB Mall bermula jam 10 pagi hingga 10 malam.
KEIK2013 tingkat sistem penyampaian kerajaan
“Karnival ini akan mengetengahkan usaha-usaha kerajaan untuk meningkatkan sistem penyampaian kerajaan melalui penggunaan ICT, memberi kesedaran penggunaan aplikasi e-Kerajaan dan mengetengahkan inovasi pada rakyat”, katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.
Menurutnya kumpulan sasaran yang dijangka memeriahkan karnival ini terdiri daripada pelajar sekolah, pelajar universiti, kolej, penjawat awam dan swasta serta komuniti setempat.
Rafhan berkata, antara pengisian yang akan diadakan sepanjang karnival berkenaan termasuk penampilan tiga maskot dari program siri Dunia Eicak selain kuiz ICT, seminar Peluang RM10 juta dalam industri kreatif, serta pertandingan mewarna pra sekolah dan rendah. -sinar harian