KUALA LUMPUR: Kecuaian pengguna menjadi antara punca utama kepada berlakunya jenayah siber yang dilaporkan di negara ini. Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Keselamatan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) Digital Rafidah Mat Isa berkata, sikap sesetengah pengguna yang sewenang-wenangnya berkongsi kata laluan peribadi tidak kira sama ada akaun laman sosial, telefon bimbit, kad pengeluaran wang automatik dan komputer memudahkan penjenayah melakukan jenayah berkenaan.
[adsenseyu6] | ![]() |
Katanya, pendidikan bukan menjadi jalan penyelesaian kepada masalah berkenaan melainkan kesedaran yang timbul dalam diri setiap individu itu sendiri.
“Hampir setiap hari kita menerima laporan berhubung kes jenayah siber serta penipuan yang membabitkan bidang industri, isu sosial dan juga masalah penyalahgunaan butiran peribadi antara pasanagan kekasih atau suami isteri.
“Setiap kes yang diterima kita akan terus siasat dan tempoh siasatan bergantung kepada jenis kes. Ada kes yang perlu dibawa ke mahkamah dan ada juga yang diselesaikan dengan membuat rundingan saja,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Program Cybersecurity Asia 2013 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, hari ini. -hmetro