KOTA BAHARU, 24 Ogos (Bernama) — Kerajaan PAS Kelantan buat kali kedua membenarkan Karnival Jom Heboh Kelantan tahun ini, selepas kali pertama diadakan pada 2009, kata Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kebudayaan dan Pelancongan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan.

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6] jom heboh kota bharu 19

Konsert Jom Heboh itu dijadual diadakan di pekarangan Stadium Sultan Mohamed ke-IV pada 29 Okt. Beliau berkata kebenaran itu tertakluk kepada syarat-syarat yang dipersetujui kedua-dua pihak, iaitu penganjur Media Prima dengan kerajaan negeri.

Kelantan Benarkan Konsert Jom Heboh Diadakan

“Kelulusan kita itu berasaskan kepada kejayaan pihak penganjur mematuhi syarat-syarat dan peraturan yang ditetapkan mengikut enakmen kerajaan negeri,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat mingguan Exco di Kota Darulnaim, di sini hari ini.

Karnival Jom heboh kelantan

Katanya antara syarat itu termasuklah tidak membenarkan penglibatan artis wanita dan berpakaian sopan. Sehubungan itu, kerajaan negeri melantik tiga anggota Exco sebagai pengerusi jawatankuasa bersama untuk memantau persembahan itu.

Mereka ialah Pengerusi Jawatankuasa, Belia, Sukan dan NGO Negeri, Abdul Fatah Mahmood dan Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi Negeri, Dr Mohd Fadzli Hassan dan beliau sendiri. — BERNAMA

Karnival Jom Heboh Kelantan 2011

Tarikh: 28 Oktober – 29 Oktober 2011
Hari: Jumaat dan Sabtu
Lokasi : Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu

Temui selebriti Hotlink seperti Akim dan Tomok!

admin
admin

2 Comments

  1. - ejoeSolutions
    28/10/2011

    […] sempena Deepavali dan cuti hujung minggu. Pengunjung juga dijangka bertambah apabila program Jom Heboh juga akan bermula esok di Stadium Sultan Muhamad […]

  2. Gambar dan video Karnival Jom Heboh Kota Bharu - ejoeSolutions
    18/04/2012

    […] Karnival Jom Heboh 2011 sekali lagi singgah di Kota Bharu pada 28 – 29 Oktober 2011. Dibawah ialah gambar-gambar yang sempat dirakam oleh Ediramli sempena Karnival Jom Heboh Kota Bharu Kelantan yang berlansung di sekitar Stadium Sultan Muhammad Ke-IV […]

Would you like to share your thoughts?

Your email address will not be published. Required fields are marked *