SETELAH berehat panjang daripada berlakon, aktres Karisma Kapoor akhirnya memilih untuk kembali ke dunia hiburan tidak lama lagi dengan membuka akaun Twitter.

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu6] karisma-kapoor-twitter

Sebelum itu dia mengambil langkah awal dengan membuka akaun laman sosial peribadi termasuk Twitter sebagai platform untuknya berkongsi kisah dengan peminat.

Aktres itu sebelum ini tidak mempunyai akaun tersebut kerana mendakwa bahawa dia tidak perlu untuk berkongsi perasaannya dengan khalayak.

Namun, dia baru-baru ini sedar bahwa media itu penting agar setiap aktiviti lakonan dan promosi filemnya diketahui peminat dengan pantas.

“Karisma bakal membuka akaun Twitternya dalam masa terdekat ini agar dapat menyampaikan maklumat kepada peminatnya dengan segera,” ujar sutradara filem, Vikram Bhatt.

Karisma bakal membintangi sebuah filem arahan sutradara tersebut berjudul Dangerous Isho tidak lama lagi. -kosmo

admin
admin

Would you like to share your thoughts?

Your email address will not be published. Required fields are marked *