KUALA LUMPUR – Kumpulan Media Karangkraf hari ini melancarkan majalah Pa&Ma versi iPad, yang menyediakan paparan media interaktif memenuhi tuntutan serta gaya semasa pembaca online.

Klik untuk besarkan gambar
[adsenseyu7]

Pengarah Eksekutif Grup Digital Karangkraf, Syamil Fahim Mohamed Fahim berkata, oleh kerana majalah ini menduduki tangga pertama pembaca, kelahiran majalah digital aplikasi iPad atau tablet pertama ini akan memudahkan pembaca Pa&Ma.

“Info keibubapaan yang merangkumi topik kehamilan, kelahiran dan penjagaan anak boleh dilayari dengan cepat dan mudah. Di mana kita turut menyajikan video bergerak yang boleh dimuat turun dengan pantas,” katanya selepas merasmikan pelancaran Pa&Ma versi iPad atau tablet di Pusat Konvensyen Mid Valley di sini, hari ini.

“Pembaca akan berasa lebih dekat dengan wujudnya medium penghubung terkini. Dunia sekarang lebih meluas dan tidak hanya terhad melalui media cetak sahaja. Kita kembangkan medium ini dan menjadikan aplikasi ini dimuat turun dengan percuma.

“Kita akan membuat penjenamaan yang tidak terhad dalam media percetakan sahaja. Selepas ini mungkin kita akan melancarkan aplikasi iPad bagi majalah-majalah Karangkraf yang lain pula,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap Pa&Ma akan terus memacu kesejahteraan keluarga muda yang sibuk dan aktif selain menjana ilmu dengan lebih cepat dan mudah melalui aplikasi iPad atau tablet.

admin
admin

Would you like to share your thoughts?

Your email address will not be published. Required fields are marked *