KOTA BHARU 20 April – Universiti Teknologi Kreatif Lim Kok Wing (Limkokwing) meluaskan empayar pendidikannya di negeri ini dengan cadangan pembinaan kampus di Gelung Gajah, Machang yang dijangka siap dalam tempoh tiga tahun lagi.
[adsenseyu6] | ![]() |
Naib Presiden Limkokwing, Raja Aznil Raja Hisham berkata, kerajaan negeri telah menyediakan sebidang tanah seluas kira-kira lapan hektar untuk pembinaan kampus tersebut yang dijangka mampu menampung sehingga 10,000 pelajar.
Katanya, selain pendidikan teknologi kreatif, kampus itu turut mengutamakan pendidikan Islam kepada para pelajarnya.
“Ini adalah cara kami membangunkan bakat tempatan. Selain itu, Limkokwing sendiri memberi tumpuan kepada teknologi kreatif dan Pantai Timur adalah pusat kepada pelbagai jenis kebudayaan negara ini.
Limkokwing Kampus Kelantan
“Jadi kami rasa ini adalah masanya untuk membina kampus di Kelantan selepas universiti ini turut mengembangkan sayap ke luar negara,” katanya ketika ditemui selepas pelancaran program Kelantan Design and Exhibiton di sini kelmarin.
Program tersebut dirasmikan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Sementara itu, Raja Aznil berkata, sebagai permulaan universiti itu akan membuka Akademi Kreatif dan Teknologi Kreatif di Wisma Yayasan Kelantan Darulnaim (Yakin) di sini yang akan memulakan kelasnya pada minggu pertama Mei ini.
“Seramai 200 pelajar Kelantan tajaan Yakin akan mendapat pendidikan daripada kita dan ini adalah langkah permulaan ke arah pembangunan Limkokwing di sini,” ujarnya.
Universiti Limkokwing reka sejadah idea Nik Aziz - ejoeSolutions
31/05/2012[…] Limkokwing akan membuka peluang pengajian pada rakyat di negeri itu bermula pendaftarannya Mei ini. Tuan Guru berkata, memandangkan kerajaan negeri mementingkan pendidikan, pihaknya tidak teragak-agak untuk mengadakan kerjasama untuk bidang pendidikan dengan universiti tersebut. […]