CANON Marketing (Malaysia) Sdn Bhd (Canon) yakin dapat meningkatkan penguasaan pasarannya sehingga 30 peratus dalam sembilan bulan akan datang menerusi pasaran kamera kompak di negara ini berbanding 22 peratus yang dicatatkan sekarang. Pengarah Bahagian Produk Pengimejan Komunikasinya, Simon Wong berkata, pihaknya percaya sasaran itu mampu dicapai menerusi pelancaran empat produk terbarunya dalam kategori Ixus yang kini di pasaran.

kamera wifi ixus 510_L [adsenseyu7]

Kamera WiFI Ixus

Katanya, model dilengkapi Internet tanpa wayar (WiFi) pertama dalam rangkaian Canon itu ditawarkan pada harga runcit dari RM949 hingga RM1,299 dilancarkan pada separuh pertama tahun ini.

“Bagi model baru ini, kami mempercayai teknologi yang dihasilkan iaitu sambungan kepada Internet mampu memudahkan pengguna khususnya ketika era laman sosial yang melihat segalanya mahu dipindah turun dengan cepat,” katanya pada majlis pelancaran kamera itu yang turut dihadiri Duta Canon, penyanyi dan komposer terkenal Taiwan, Penny Tai.

Model kamera WiFi ditawarkan termasuk Ixus 510H, 500 HS, 240 HS dan 125 HS. Serentak pelancaran itu, Canon mengumumkan peraduan fotografi ‘Bare Foot’ dalam laman sosial facebook yang memberi peluang kepada pelanggan memenangi percutian empat hari satu malam ke Melbourne, Australia.

admin
admin

Would you like to share your thoughts?

Your email address will not be published. Required fields are marked *